Tintaku semangatku...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, February 24, 2009

Teman ke SyurgaMu Ya Illahi


Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah.Teman yang baik penunjuk jalan,penguat langkah dan azam,pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlkan teman untuk berkongsi suka dan duka,untuk mengingatkan kala terleka,untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh demi bersama meraih syurgaNya.Seorang Nabi Allah,Nabi Musa a.s pun memerlukan teman lantas Baginda berdoa kepada Allah agar di kurniakan teman penguat langkah,teman ke Syurga.

FirmanNya : "Dan dijadikan untuk ku seorang pembantu dari keluargaku iaitu Harun saudaraku,teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia dan jadikanlah dia teman dalam urusan ku ,agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan banyak mengingatiMu,Sesungguhnya Allah maha Melihat keadaan kami".Betapa manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah.Bukankah seorang anak adam akan bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunya teman yang seiring sejalan?
Saidina Umar r.a. mengatakan " Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam,selain saudaranya yang soleh.Apabila seseorang diantara kamu merasa tenang bersamanya maka perlu menghargainya teman tersebut kerana kita sebenarnya dikurniakan kebaikan yang sangat besar aapabila dikurniakan teman yang soleh.
Menjadi teman ke Syurga,segalanya akan berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat.Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,hanya ketaqwaan yang layak bagiNya.FirmanNya:"HAi Orang-orang yang beriman,,bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya".Ayat in mengatakan agar berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya.Setiap kali dia mendekati Allah dengan ketaqwaaaan, maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya.
Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apa pun matlamat kita hanyalah satu,maraih syurgaNya.Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah,bermula dari diri kamu.Tingkatkan penghayatan diri kamu kepada cinta kepada Allah,berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat nescaya kamu akan menjadi teman ke Syurga san Allah akan mengurniakanmu teman ke Syurga..
Bersama kita bermusabah diri agar hari esok lebih baik dari hari semalam..

No comments: