Tintaku semangatku...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, April 15, 2009

Allahu Rabbi setialah disisiku...kerna ku lemah




Allahu Rabbi,
Engkaulah Tuhanku..yang menghidupkan dan yang mematikanku,
Agungnya cintaMu tak dapatku membalasnya,
Agungnya nikmatMu yang Maha Besar,
Seluruh pancaindera dapatku nikmati,
Selagi diri ini menjadi milikMu..

Allahu Rabbi,
Hati ini mula bergenang kala hujan merintik sayu,
Biar diri ini seringkali ditohmah,dihina dan dikecewakan oleh manusia,
Biar diri ini jatuh dan bangun semula,
Namun Kau dekat dihatiku selamanya,
Kerana itu bukan qudrat seorang hamba,
Bergelar manusia...

Allahu Rabbi,
Rasulullah adalah kekasihMu,
Diutuskan sebagai pemberi peringatan buat umatMu,
Sebagai seorang contoh tauladan yang terbaik,
dalam kehidupan muslim,
Ujian buatmu tak pernah sunyi,
Walau nyawa menjadi ancaman,
Kerna dirimu tahu,
Hanya Dia yang berkuasa atas segalanya...

Allahu Rabbi,Rasulullahu Hubbi,
Perjuangan menegakkan ad-Deen Mu,
Penuh liku,Penuh kemuncup yang menghalangi,
Namun diri ini tak peduli,
Kerna itu secebis ujian dariMu,
Hanya iman kepadaMu mengatasi segala,
Dunia ini hanya sementara,
Akhirat kekal selamanya...
Sempena ulang tahun kelahiran kekasihMu,

Ya Rasulullah,
ku sangat merinduimu,
Ku berharap kita dapat bertemu,
Di alam yang kekal abadi,
Selamanya...


(Nukilan ketika dalam perjalanan ke Tanta:jam 1.30 tghari:12 Rabiu'l Awal 1430H)

Tuesday, February 24, 2009

Teman ke SyurgaMu Ya Illahi


Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah.Teman yang baik penunjuk jalan,penguat langkah dan azam,pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi.Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlkan teman untuk berkongsi suka dan duka,untuk mengingatkan kala terleka,untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh demi bersama meraih syurgaNya.Seorang Nabi Allah,Nabi Musa a.s pun memerlukan teman lantas Baginda berdoa kepada Allah agar di kurniakan teman penguat langkah,teman ke Syurga.

FirmanNya : "Dan dijadikan untuk ku seorang pembantu dari keluargaku iaitu Harun saudaraku,teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia dan jadikanlah dia teman dalam urusan ku ,agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan banyak mengingatiMu,Sesungguhnya Allah maha Melihat keadaan kami".Betapa manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah.Bukankah seorang anak adam akan bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunya teman yang seiring sejalan?
Saidina Umar r.a. mengatakan " Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam,selain saudaranya yang soleh.Apabila seseorang diantara kamu merasa tenang bersamanya maka perlu menghargainya teman tersebut kerana kita sebenarnya dikurniakan kebaikan yang sangat besar aapabila dikurniakan teman yang soleh.
Menjadi teman ke Syurga,segalanya akan berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat.Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa,hanya ketaqwaan yang layak bagiNya.FirmanNya:"HAi Orang-orang yang beriman,,bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya".Ayat in mengatakan agar berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya.Setiap kali dia mendekati Allah dengan ketaqwaaaan, maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya.
Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apa pun matlamat kita hanyalah satu,maraih syurgaNya.Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah,bermula dari diri kamu.Tingkatkan penghayatan diri kamu kepada cinta kepada Allah,berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat nescaya kamu akan menjadi teman ke Syurga san Allah akan mengurniakanmu teman ke Syurga..
Bersama kita bermusabah diri agar hari esok lebih baik dari hari semalam..

Friday, May 23, 2008

Cinta Illahi jua yang hakiki selamanya...selami dan hayatilah



Surah al-Anfal:24:Hai orang-orang yg beriman,penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Rasul menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu,Dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya,Dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dikumpulkan"


  • Berkata Imam Al-Ghazali rahimahullah:
"Jika engkau ingin mengikut petunjuk para Imam,KUATKANLAH DIRIMU UNTUK MENERIMA SEGALA MUSIBAH,BERTENANG DALAM MENANGGUNG KEPAHITAN,SIFAT SABAR TERBENTANG DALAM DADAMU, LISANMU PERLU DIKUNCI, MATAMU DIKAWAL, RAHSIAMU DISEMBUNYIKAN, HANYA DILIHAT OLEH TUHAN SAHAJA, NAMAMU JANGAN TERKENAL, MULUTMU TERSENYUM,PERUTMU LAPAR, HATIMU LUKA, HINDARI DARI TEKENAL, PANGKATMU DIPENDAM, SETIAP HARI MENAHAN PERASAAN PAHIT DARO ZAMAN DAN TEMAN, SEDANG HATIMU MENURUT, SIANGMU SIBUK BERBAKTI KEPADA ORANG RAMAI, MALAMMU RINDU KEPADA TUHAN, SEPI DARI PANDANGAN..
Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk Hari Qiamat, Yang padanya sulit sekali mencari jalan.."

  • Wasiat Nabi Muhammad S.A.W. pada waktu malam Baginda diisrakkan sampai ke langit,Allah S.W.T. telah memberikan 5 wasiat iaitu:
1)Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya aku tidak menjanjikan dunia ini kepada engkau.
2)Bersungguh-sungguh engkau mencari akhirat
3)Jadikan cintamu kepadaKu sebab tempat kembalimu adalah kepadaKu
4)Rajinlah mengerjakan solat Tahajjud,kerana sesungguhnya pertolongan itu beserta Qiamulail.
5)Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikit pun tidak ada kuasa di tangan mereka.

Sahabat yang dirahmati oleh Allah, kesyukuran dirafa'kan kehadrat Illahi dan selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta. Moga tautan kita yg suci dan murni hanya didambakan kepada cinta Illahi yg hakiki..hanya diriNya segalanya tika kita senang mahupun susah,bermasalah mahupun tidak..namun, hakikatnya jua kembali kepadaNya kerana DIA yang datangkan ujian untuk menguji keimanan kita sebenarnya.Apabila kita menyingkap perjalanan hidup dan perjuangan para mujahidin, hati kita akan tenang dan gembira selalu sebab di hadapan kita sekarang adalah jalan yang diikuti para Imam Muttaqin dan pada Syuhada' yang menemukan jalan yang diredhai olehNya dan bergembiralah bagi mereka yang bersabar...maka akan terbentang kemenangan dan kemanisan yang tidak terhitung ganjarannya disisi Rabul Izzati..Moga kita semua tergolong dari kalangan mereka yang menjalankan apa sahaja yang diajarkan oleh Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. dan berjaya di dunia dan akhirat..amin

Thursday, July 19, 2007

REALITI PERJUANGAN DI MALAYSIA DAN MESIR

Realiti perjuangan samada di Malaysia mahupun mesir merupakan satu kekuatan dan konsep pemahaman Islam yang syumul. Di sini,Doktor Yusuf Al-Qardawi mengatakan ia adalah satu bentuk kerja yang global untuk disampaikan dalam masyarakat atas urusan agama. Saya ingin menimbulkan persoalan bahawa apabila balik ke Malaysia apa yang kita lakukan samada berkerja dengan mencari nafkah ataupun berjuang dahulu?adakah dengan penampilan kita sebagai yang bekerjaya sudah menampakkan diri kita mampu berdakwah dengan masyarakat?hakikatnya sahabat-sahabat, ia sama seiring sejalan dalam mencapai tuntutan yang telah Allah taklifkan keatas manusia seluruhnya.
Islam menitikberatkan perkara ini dengan bertujuan agar tuntutan untuk mengembalikan 'negara Islam' adalah 3 peringkat yang sering meniti di bibir kita dan perlu dilalui selaku pendaie iaitu pertama 'fardhu muslim' dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan sunat,kedua 'bait muslim' sebagai tarbiyah yang bertitik-tolak selepas sempurna fardhu muslim, ketiga 'mujtama' muslim' dengan mementingkan pandangan luar atau masyarakat.Selain itu,ia juga dapat melahirkan Jil atau generasi Rabbani dalam melaksanakan Al-Qur'an dan As-sunnah dengan menjadikan Rasulullah sebagai contoh tauladan sepanjang zaman dan cermin kepada masyarakat.Ia juga dapat meningkatkan hubungan persaudaraan dengan mencapai tahap yang paling tinggi iaitu ithar dan yang paling rendah iaitu berlapang dada.Ia juga mengajak individu muslim itu mengimani Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W berlandaskan Al-Qur'an dan As-sunnah,dapat menegakkan kalimatullah ke tempat yang tinggi dalam diri muslim itu sendiri dengan melaksanakan 'Melakukan kebaikan dan melarang membuat kemungkaran'dan di sana juga menyedari bahawa kita tidak terlepas dalam membuat kesilapan,maka perlu memperbaiki diri dengan membuat perkara-perkara sunat. Dengan ini,konsep pemahaman Islam secara syumul dapat dicapai dengan dengan sempurna sekaligus dapat melahirkan generasi yang faham erti perjuangan walau dimana jua berada umpama pelita yang diluarnya balang yang sentiasa digilap.
Di sinilah peranan kita selaku penuntut ilmu Allah terutama dalam urusan agama Islam samada realitinya kita berstatus bujang ataupun berumahtangga dan juga kita berada di Malaysia mahupun Mesir sebagai medan tarbiyah untuk mengasah bakat masing-masing.Di sini tidak semestinya kita perlu bercakap depan orang ramai untuk berdakwah akan tetapi kita perlu kretif dalam menyampaikan dakwah dalam apa jua metod dakwah. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, realiti perjuangan ini telah merangkumi 3 kekuatan yang ada iaitu ruhiyyah,jismiyah dan fikrah supaya bersama-sama mencapai amal Islami dalam kehidupan. Kita tidak lari daripada persatuan ataupun jamaie yang perlu kita sokong di samping kepentingan yang sama dalam merealisasikan harapan ibu bapa,masyarakat dan agama itu sendiri. Doakan diri saya yang bercakap akan perkara ini mampu thabat dalam perjuangan walau datang ujian dari segenap sudut dan bersama-samalah kita berdoa akan saudara seIslam kita walaupun berlainan warna kulit dan bangsa namun kita tetap satu aqidah Islam.

Saturday, June 23, 2007

Cermin Untuk Melihat Tanda Ahli Syurga Atau Ahli Neraka

Peranan ilmu dan fadhilatnya, renunglah petunjuk berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa yang dikehendaki baik (khairan) oleh Allah SWT, maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum-hukum agama dan akan diilhamkannNya petunjuk di dalamnya.”

Hadis tersebut bukan saja sebagai pedoman, bahkan jadi alat pengukur untuk mengetahui secara dasarnya, samada seseorang itu sebagai orang yang mendapat suratan kebajikan di tangan kanan (ahlul yamin) atau orang yang mendapat suratan kejahatan di tangan kiri (ahlus syimal) di akhirat kelak.

Hadis tersebut sebagai petunjuk untuk mengetahui samada diri seseorang jadi agen malaikat atau agen syaitan, samada akan seiring dengan Nabi s.a.w. ke syurga, atau sejalan dengan Firaun ke neraka.

Lihat dan pastikan sikap serta amalan diri sehari-hari, adakah mempunyai kecenderungan untuk membetulkan segala perbuatan dengan kehendak agama atau sebaliknya.

Jika ada usaha membetulkan perbuatan dan tutur kata dengan kehendak Islam, maka ia suatu tanda bahawa mereka sedang mendekati kepada kebajikan (khairan), seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.a.w. di atas itu.

Jika tiada usaha dalam hidup sehari-hari untuk membetulkannya, malah betul atau tidak sedikitpun menyentuh hati, jelaslah individu itu tergolong dalam kejahatan. Justeru itu tipislah harapan di dunia ini untuk akrab dengan malaikat, dan jauhlah dari menghidu bau syurga di akhirat kelak.

Tepuk dada sendiri tanyalah iman masing-masing, berdasarkanpenjelasan hadis tersebut. Jika tinggal solat atau melakukan maksiat tidak merasa berdosa atau bersalah kepada Allah SWT, tidakkah itu bererti sedang menghampiri kawah neraka?

Sabda Rasulullah s.a.w. itu ibarat cermin untuk umatnya melihat wajahnya sendiri, dengan cermin itu mereka boleh melihat samada dirinya bakal menjadi ahli syurga atau neraka.

Jika di hati seseorang mempunyai hasrat untuk mengkaji dan mendalami Islam, untuk membetulkan diri selaras dengan kehendak Allah SWT, mudah-mudahan hasrat itu mencerminkan bayangan dirinya sebagai ahli syurga.

Jika seseorang berhajat untuk menjadi ahli syurga, mereka perlu memahami hadis Nabi s.a.w. itu. Mereka perlu berusaha mendampingi majlis ilmu, sanggup tinggal anak isteri kerana menghadiri kuliah agama.

Hanya dengan cara itu kefahaman agamanya akan meningkat, dengan kefahaman yang tinggi itu semoga amalannya akan selaras dengan kehendak Allah SWT.

Andainya seseorang berada di tangga itu bererti ada harapan menjadi insan yang baik di dunia dan untuk menjadi ahli syurga di akhirat kelak. Insya-Allah.

Apabila seseorang dikehendaki Allah untuk menjadi orang baik, bukan sahaja mereka diberi kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, juga akan diilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul.

Berhubung dengan ilmu itu, Rasulullah s.a.w. juga menegaskan melalui sabdanya yang masyhur bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang alim (ulama) itu adalah waris para nabi-nabi.”

Sesetengah orang merasa bangga jika mereka dari keturunan darah bangsawan dan seumpamanya, sayangnya kebanggaan itu sedikit pun tidak bernilai di sisi Allah SWT. Sebaliknya yang mempunyai nilai di sisi Tuhan ialah jadi pewaris para nabi.

Seseorang mungkin tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Nabi s.a.w., tetapi baginda s.a.w. memberi jaminan bahawa umatnya boleh menjadi waris para nabi sekiranya mereka menerima ajaran dan beramal dengan amalan yang ada pada Nabi s.a.w.

Orang yang mempunyai ilmu dan amalan seperti yang dimiliki oleh para nabi itu, tidak lain ialah para ulama. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:

“Seseungguhnya kami di kalangan para anbiya bila mati tidak meninggalkan dinar atau dirham, sebaliknya kami meninggalkan ilmu dan hikmah.”

Dinar dan dirham tidak bernilai di sisi para anbiya, justeru mereka tidak akan meninggalkan kekayaan yang tidak bernilai kepada para warisnya, yang berharga ialah ilmu pengetahuan.

Justeru yang menerima ilmu pengetahuan bersumberkan al-Quran dan sunnahnya, samada zuriat mereka atau sesiapa jua di kalangan umatnya, sesungguhnya itulah orang yang dikatakan waris para nabi.

Tidak kira apa jua bangsanya dan dari negeri mana asalnya, meski pun mereka hidup ribuan tahun selepas kewafatan Nabi s.a.w., namun apabila telah diiktiraf sebagai waris, kelak mereka diletakkan seiring dengan para Nabi di dalam syurga.

Di dunia ini ada orang merasa bangga sebab mereka keturunan raja-raja dan seumpamanya, mereka akan mewarisi takhta pemerintahan atau kedudukan yang tinggi di dalam kerajaannya.

Namun tidak sama dengan kebanggaan yang dirasai oleh umat yang mewarisi ilmu pengetahuan dan hikmah, yang diakui oleh Nabi s.a.w. sebagai warisnya yang akan menikmati kebahagiaan syurga di akhirat kelak.

Semua telah maklum, bahawa tiada pangkat dan kehormatan yang lebih mulia di sisi Allah SWT selain dari pangkat nabi. Tetapi tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad s.a.w., kerana baginda s.a.w. adalah nabi terakhir yang diutus Tuhan ke muka bumi ini.

Namun peluang yang masih terbuka kepada umat Muhammad s.a.w. ialah untuk menjadi waris para nabi. Dalam erti kata berusaha mempelajari ilmu pengetahuan berasaskan wahyu Ilahi dan mengamalkannya, sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Sumber Harakah : 16-30 September 2005